Sebelum2 ni punya konvensyen budak2 lain dah gi so kali ni giliran akula heheheh. Dapat 2 tiket, cadangnya nak ajak adik tersyg tapi adik keja so aku ajak la mak tercinta... Duduk kat Bella Vista. Aku termasuk group yg menaiki flight terakhir, ada 7 org jek huhuhu. Sampai2 terus makan kat hotel. Kul 3 dah start taklimat sampai petang. Malam pertama ada cabutan bertuah tapi nama aku belum naik... Habis kul 9. Diaorg cakap ada party durian kul 10 mlm tapi bila dah masuk bilik apalagi terus zzzzzzzzzz jelah...
Hari kedua seawal kul 7.30 pagi dah berkumpul naik bas untuk gi Tanjung Rhu. Ada 4 bas semuanya A,B, C 7 D. Aku masuk group D. Sampai kat Tg Ru nak bot. Mula2 gi Gua Cherita. Kata pemandu pelancong tu ada replika katil dalam gua tu tapi time aku naik gelap, org2 yang terkemudian bawak lampu mungkin diaorg nampak kot.. Trip kedua gi sangkar ikan. Memng menakjubkan... ada sejenis ikan aku lupa nama ikan tu dia boleh meludah keatas mengenai sasaran yang kami guna iaitu roti, dapat pegang ikan2 pari yg bernama Aminah, Ahmad dll, dpt pegang belangkas & mcm2lah. Lepas tu perjalanan diteruskan ke tempat melihat helang, tapi banyak helang tak turun sebab group kami saje kat 20 bot. Kemudian terus ke Gua Kelawar, tapi disebabkan semua ahli dalam boat aku agak2 veteran so diaorg tak nak turun... apalagi terus gi restoran terapung nama
BARN THAI. Makanan kat situ memang sedap. Tapi aku tak amik gambar makanan2nya sebab 1. dah kelaparan sebab yg ke2, memng aku jek la yg dalam bot tu je yg amik gambar ntah apa2... heheheh Barn Thai ni dari belakang memang nampak usang tapi bila masuk kedalam memang best... Selepas makan kena jalan kaki sepanjang 450meter untuk ke jalan besar.
Lepas makan masa tunggu bas, hujan turun ngan selebat2nya.Sepatutnya lepas zuhur gi tempat
cabel car tapi hujan so acara diteruskan ke
Idaman Suri. Terlampau ramai org, semangat nak membeli tiba2 hilang. Jumpa Fazi jap masa kat situ dan kami janji akan jumpa balik malam nanti.
Lepas tu gi pekan Kuah tapi masa yang diberi amat terhad so aku beli jerlah coklat2 untuk bg bdk2 ofis. Kemudia kami dibawa ke tempat pemprosesan minyak gamat. Aku ngan mak tak beli minyak gamat tapi beli minyak susu kambing gamat, memng best bila pakai time lenguh2. Kemudian destinasi terakhir dibawa ke Dataran Lang. Bukan gi dataran Lang sebaliknya aku gi Jeti sebab tadi tak puas shopping kat Kuah. Hehehe dapat la capai baju utk adik ngan along.
Malam acara dinner, aku dah janji ngan cik nak jumpa dalam kul 9.15. Tapi acara tak habis lagi. nasib baik aku tak kuar dewan makan cepat kalau tak aku tak dapat kamera pocket. hehehe best2
cik bawak family dia, amik Fazi kat koperasi terus gi pekan kuah balas dendam nak shopping balik. Beli baju sepasang dua, en bawak kami gi jalan2 kat dataran Lang lak.
Hari ahad acara bebas, apalagi sekali lagi pergi pekan kuah, beli apa2 yang tak cukup lagi... Makan tgh hari kat Kuah balik semula ke hotel dan terus bersiap untuk balik....
Panjang sungguh entry aku kali ni kan... Tak kisahlah... tgh ada mood nak menaip
Duduk Kat Bella Vista. Teringat lak citer Bella......... Pemandangan waktu senja dari tingkap bilik
Sempat jumpa En. Jusob sekeluarga malam sebelum balik. Dia bawak aku ngan Fazi gi jalan2 kat Dataran Lang ngan pekan Kuah
Selamat Datang ke Gua Cherita......................... Gambar bayang2 sendiri & Fazi kat Dataran Lang
Balik dari makan kat Barn Thai