|
|
| Tuesday, 30-Sep-2008 03:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sehari sebelum Lebaran
|
|
Orang lain dok sibuk2 balik kampung, aku masih sibuk keja lagi... huhuhu... hehehe takpelah aku pun tiap2 hari memang balik kampung pun.
Di kesempatan ni aku nak ucapkan salam aidilfitri kepada semua. Mohon maaf kalau ada salah & silap
Sempat lagi bawak daun ketupat nak anyam, tapi dari pagi tadi ada org, baru ni jerlah dapatnya. Sambung kat rumah la gamaknya.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Sep-2008 07:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Roti Daging Stail Icip-Icip
|
|
Sebenarnya nak wat Roti Udang ala Icip-Icip... sekali udang tara jadila roti daging... Cara-cara nak wat sebijik cam Anis di rancangan Icip-icip Tv3 Part 3. Bulan puasa beli roti takde org nak makan sangat. Tapi oklah memng mudah dan sekejap je nak watnya. Aku suka bila makan cicah sos, macam cekodok la pulak. Hehehe....
Sebelum digoreng
Selepas digoreng. Macam kuih cara berlauk la pulak.
| Quote: | ROTI UDANG
(Ambil dari resipi Icip-Icip episod 12
BAHAN-BAHAN:
Roti
Isi udang (yang dikisar halus) Saya gantikan ngan daging cincang + cendawan butang
Bawang merah (ditumbuk lumat)
Bawang putih (ditumbuk lumat)
Daun bawang (dicincang halus)
Cili merah (dicincang halus)
Serbuk lada hitam
Telur
Tepung
Air
Garam secukup rasa
Minyak masak
CARA MENYEDIAKANNYA: Roti udang ni sebenarnya dipanggil Prawn Toast. Senang je nak buat dia, seperti biasa, kita sediakan intinya dahulu. Gaulkan isi udang yang telah dikisar, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk hingga lumat, daun bawang dan cili merah yang dah dicincang halus sehingga rata. Campurkan sedikit serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Ha, lepas semua bahan-bahan ni dah pun digaul hingga rata, kita sediakan roti dan bahan lain pula. Kita gunakan roti putih biasa, potongkan kesemua kulit ditepi roti dan potongkan roti bentuk segi empat sama. Ambil satu sudu kecil inti dan sapukan diatas roti-roti yang telah dipotong tadi. Jangan lupa panaskan minyak dahulu. Sebelum kita gorengkan roti tu, kita pecahkan sebiji telur dan campurkan dengan satu sudu besar tepung gandum dan sedikit air. Kacaukan sehingga sebati, dan celupkan roti yang telah disapukan dengan inti tadi kedalam bancuhan telur tu dan gorengkan dalam minyak panas. Gorengkan sehingga keperang-perangan. Ni lagi satu resipi yang sangat mudah untuk disediakan. Selamat mencuba! |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 8-Sep-2008 04:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Puding Karamel Pandan
|
|
Tiba2 teringin nak mkn puding karamel time berbuka, cuma kali ni pokok pandan aku baru nak tumbuh tu yang amik 2 helai jek... nampak tak cantik kan warnanya...
Pandan ni letak banyak lagi cantik dan dapat hilangkan hanyir telor.
Lagipun belum sejuk betul aku dah terbalikkan kat pinggan
Tak kisahlah yang penting bukan rupa tapi rasa kan... hehehe selamat menjalani ibadah puasa semua
| Quote: | Bahan A
4 biji telor
1 tin kecil susu pekat
1 tin air pandan(4-5 helai daun pandan diblend)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar tepung kastard
Bahan B
4 sudu kecil gula
Cara Membuat
Panaskan tempat kukusan
Bahan B – Letak gula dalam loyang, panaskan dan biarkan ia menjadi gula hangus
Bahan A dicampur dan digaul sehingga sebati.Setelah itu, masukkan bahan A ke dalam loyang tadi Kemudian kukus dalam setengah jam. |
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Sep-2008 01:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Budak2 Q Dees & Balik terawih
|
|
Hantar anak buah gi school. Tapi si C ni ntah kenapa tiba2 je bad mood. Nasib baik D ok jek
Budak merajuk tak tahu apa punca
D ngan baju swim kat dalam
Malam bawak A ngan B gi terawih.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 28-Aug-2008 08:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Exam T3
|
|
T tu singkatan untuk Taeguk. Untuk tgk video boleh klik Video Taeguk 3 Tapi bukan kitaorg punya video la. Kalau ada saper2 lak nak belajar teknik boleh klik kat T3
Patutnya aku exam lebih awal bulan 4 aritu daripada budak berdua tu, tapi sebab aku asyik memonteng jek, so kenala sama2 gak gi exam. Dalam kumpulan yang sama lak tu. Mintak2 dapat double promotion supaya dapat naik terus ke T5. hehehe
Kat depan tu exam T2 sedang berlangsung. Time ni tgh tunggu giliran kitaorg lak lepas ni. Pemeriksanya yang duduk kat bangku tgh tu.
Sifu kitaorg yang kat depan tu. Namanya Mr Edwin. Exam T3 ni dalam masa sendiri... Seecha
Ish... ish saper lak ni
Dah abis exam... Yeah.....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Aug-2008 00:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Hari Jumaat - Mari Belajar Tajwid
|
|
Mari Belajar Tajwid
Sebenarnya aku pun tak tahu sangat tapi bila dah masuk kelas balik baru tahu banyak sangat kesalahan aku masa mengaji. Selama ni mengaji berdasarkan apa yang diajar oleh nenek mengaji kat kg dulu-dulu, bukan salah dia mengajar tapi sebab bila kita dah lama tinggalkan ia akan jadi lupa kan.... Almaklumlah rasa macam dah pandai.. heheheh... Pada yang tahu Alhamdulillah, tapi pada yang tak tahu macam aku bila dgr org mengaji kenapa dia baca macam ni sedangkan bila kita tgk ayat tu takde pun tanda tu...
Alif Hamzah Washol
Dalam Quran hurufnya seperti depan huruf diatas Alif.
Contoh ayat
Contoh dalam ayat 164 dan 177 surah al-A'raaf. Kalimah qauman dan Allaahu dibaca qaumanillahu
Manakala dalam ayat 177, ia dibaca matsalanilqaumu
Apabila tanwin bertemu dengan hamzah washol ianya hendaklah dibaca dengan menambahkan baris bawah. Tapi kalau tengok Quran lama memang ada baris bawah ni.
Contoh lain
Contoh dalam ayat 30 surah At-Taubah ni kalimah 'uzairun bertemu dengan kalimah ibnu, maka bacaannya menjadi 'uzairunibnullaahi. Bagi ayat 6 surah Ash-Shaaffaat, bacaannya menjadi bizinatinilkawaakib. Manakala dalam ayat 61 surah Al-Baqarah, bacaannya menjadi khairunihbithuu.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 2-Aug-2008 01:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Konvensyen kat Langkawi 24-26 Julai
|
|
Sebelum2 ni punya konvensyen budak2 lain dah gi so kali ni giliran akula heheheh. Dapat 2 tiket, cadangnya nak ajak adik tersyg tapi adik keja so aku ajak la mak tercinta... Duduk kat Bella Vista. Aku termasuk group yg menaiki flight terakhir, ada 7 org jek huhuhu. Sampai2 terus makan kat hotel. Kul 3 dah start taklimat sampai petang. Malam pertama ada cabutan bertuah tapi nama aku belum naik... Habis kul 9. Diaorg cakap ada party durian kul 10 mlm tapi bila dah masuk bilik apalagi terus zzzzzzzzzz jelah...
Hari kedua seawal kul 7.30 pagi dah berkumpul naik bas untuk gi Tanjung Rhu. Ada 4 bas semuanya A,B, C 7 D. Aku masuk group D. Sampai kat Tg Ru nak bot. Mula2 gi Gua Cherita. Kata pemandu pelancong tu ada replika katil dalam gua tu tapi time aku naik gelap, org2 yang terkemudian bawak lampu mungkin diaorg nampak kot.. Trip kedua gi sangkar ikan. Memng menakjubkan... ada sejenis ikan aku lupa nama ikan tu dia boleh meludah keatas mengenai sasaran yang kami guna iaitu roti, dapat pegang ikan2 pari yg bernama Aminah, Ahmad dll, dpt pegang belangkas & mcm2lah. Lepas tu perjalanan diteruskan ke tempat melihat helang, tapi banyak helang tak turun sebab group kami saje kat 20 bot. Kemudian terus ke Gua Kelawar, tapi disebabkan semua ahli dalam boat aku agak2 veteran so diaorg tak nak turun... apalagi terus gi restoran terapung nama BARN THAI. Makanan kat situ memang sedap. Tapi aku tak amik gambar makanan2nya sebab 1. dah kelaparan sebab yg ke2, memng aku jek la yg dalam bot tu je yg amik gambar ntah apa2... heheheh Barn Thai ni dari belakang memang nampak usang tapi bila masuk kedalam memang best... Selepas makan kena jalan kaki sepanjang 450meter untuk ke jalan besar.
Lepas makan masa tunggu bas, hujan turun ngan selebat2nya.Sepatutnya lepas zuhur gi tempat cabel car tapi hujan so acara diteruskan ke Idaman Suri. Terlampau ramai org, semangat nak membeli tiba2 hilang. Jumpa Fazi jap masa kat situ dan kami janji akan jumpa balik malam nanti.
Lepas tu gi pekan Kuah tapi masa yang diberi amat terhad so aku beli jerlah coklat2 untuk bg bdk2 ofis. Kemudia kami dibawa ke tempat pemprosesan minyak gamat. Aku ngan mak tak beli minyak gamat tapi beli minyak susu kambing gamat, memng best bila pakai time lenguh2. Kemudian destinasi terakhir dibawa ke Dataran Lang. Bukan gi dataran Lang sebaliknya aku gi Jeti sebab tadi tak puas shopping kat Kuah. Hehehe dapat la capai baju utk adik ngan along.
Malam acara dinner, aku dah janji ngan cik nak jumpa dalam kul 9.15. Tapi acara tak habis lagi. nasib baik aku tak kuar dewan makan cepat kalau tak aku tak dapat kamera pocket. hehehe best2
cik bawak family dia, amik Fazi kat koperasi terus gi pekan kuah balas dendam nak shopping balik. Beli baju sepasang dua, en bawak kami gi jalan2 kat dataran Lang lak.
Hari ahad acara bebas, apalagi sekali lagi pergi pekan kuah, beli apa2 yang tak cukup lagi... Makan tgh hari kat Kuah balik semula ke hotel dan terus bersiap untuk balik....
Panjang sungguh entry aku kali ni kan... Tak kisahlah... tgh ada mood nak menaip
Duduk Kat Bella Vista. Teringat lak citer Bella......... Pemandangan waktu senja dari tingkap bilik
Sempat jumpa En. Jusob sekeluarga malam sebelum balik. Dia bawak aku ngan Fazi gi jalan2 kat Dataran Lang ngan pekan Kuah
Selamat Datang ke Gua Cherita......................... Gambar bayang2 sendiri & Fazi kat Dataran Lang
Balik dari makan kat Barn Thai
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Jul-2008 05:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MII BIG WALK 20 Julai 2008
|
|
Setiap tahun aku join walk ni. Tahun2 lepas selalunya semua benda start dari pendaftaran sampailah terima baju diuruskan oleh en Takaful Ikhlas. Tapi start tahun ni org lain yg amik alih so aku kena wat sendiri.
Saper2 nak join untuk tahun hadapan boleh log in ke MII INSURANCE atau untuk jadual tahunan aktiviti lain boleh klik kat Pacesetters Athletic Club Malaysia
Banyak lagi aktiviti sehingga bulan Disember. Bulan depan punya program semoga aku ada masa nak join Jacob Walk of Life. InsyaAllah.. so saper2 nak join jomlah beramai-ramai... Aduh ... tapi.. bila teringat asyik terponteng clas pagi ahad sampai bila la aku nak maju ke mukasurat seterusnya
Acara senamrobik sebelum bermula jalan.
Tahun ni bilangan yang ikut serta bertambah... termasuk si kecik faris yang nyenyak tido. Jumpa Ema kat tgh jalan sebab dia amik route 5km punya...
Rancangan awal anak buah yang berdua atas tu nak ikut tapi bila dikejut tak nak bangun so bye... byelah. almaklumlah rumah aku jauh... so kul 6.15 dah kuar rumah
Goodies bag Part yang aku paling suka bile joint sesuatu event. Banyak gerai termasuk karangkraf. Kutip majalah wat koleksi
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Jul-2008 04:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Birthday Danisha 13.07.2008
|
 |
|
Kambing... nyam... nyam
|
|
 |
|
Ariana, Danisha & Eleena
|
|
 |
|
Orang sibuk2 kat dapur kakak praktis main piano
|
| | View all 5 photos... |
|
Tak tahu nak bagi apa kat D, so aku bercadang wat kek coklat jek. Bila sampai rumah kakak aku rupanya ada barbeque.. wah best tul... Kebetulan birthday D sama ngan nenek dia so adik beradik kakak aku berkumpul, aku ngan family aku kira menyelit la... heheh
Tapi alih-alih macam tak sedap jer tak bagi apa2 kat D, ajak Balqis jap gi giant belikan hadiah sebelum masuk rumah, kebetulan hujan lebat so barbeque start lambat
Aku ingat D ni dah 5 tahun rupanya baru 4 tahun da.... sorry mak lang tersilap...
D & Tok Mon disamping cucu Tok yang lain.. Gambar ni berkabus coz asap barbeque masuk dalam rumah
Aku ngan Balqis amik alih tugas membakar jap
Resipi kek coklat ni amik dari blog Kak Chetam
Memang senang dan mudah macam wat cekodok jer... hehehe
| Quote: | Kek Coklat Kukus Badariah - Sumber Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)
Bahan-bahan:-
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cwn air panas
Cara-cara:
- ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
- masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.
p/s -saya dah cuba adunan yang sama untuk dibakar, menjadi, cuma jika nak lebih moist kena kukus
Selalunya...Utk topping, saya buat camnie:- (buat double boil tau)
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat |
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Jul-2008 03:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sunway Lagoon
|
|
 |
|
Mulanya nak jalan sampai hujung alih2 tergayat lak
|
|
 |
|
Nampak Pak Rimau
|
|
|
Lama tul aku tak jenguk tempat ni. tiket dah naik harga. Kebetulan Gee turun dari Penang ajak gi, so aku ngan adik pun ok jek... hehehe
First time gak naik bas dari rumah... almaklumlah minyak dah naik harga... Tapi memng ok sesangat cuma dari rumah aku nak ke Klang memng masak sebab kat 1 jam 1/2, sampai Klang bas Rapid KL nak ke sunway no U62 dah ada, tu yang best...
Tapi bila dah sampai sana kami berpecah, Gee, Fazi ngan adik Fazi gi scream park. Aku lak gi Taman tema dia jer sebab kitaorg ni penakut. karang malam aku takleh tido lak kalau gi tgk benda2 seram nih...
Kebetulan org yang bertugas offer kitaorg nak tolong amikkan gambar.
Kesimpulannya jika dibandingkan Sunway ngan Genting aku lebih prefer gi Genting sebab gi Genting tak sampai RM50 gi balik termasuk tiket dan outdoor & indoor
|
|
|
|