 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
shah's FotoPage
 By: shah alang
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Monday, 12-May-2008 10:45 |
Email | Share | Bookmark |
|
Orange Mocha Brownies & Kek Oren Badam
|
|
Penyakit rajin aku datang. Dua hari berturut2 buat kek. Sebenarnya mak bapak aku takde rumah tu yang suka cuba2 tu.
Dah banyak kali aku wat brownies tapi kurang menjadi sikit, yang selalunya memang keras sedikit tapi rasa coklat dia memng umphh... Jumaat lepas terbuka fotopages mamafami terus salin resipi. Sabtu sebelum kuar gi JJ wat kejap. Memang sedap, kalau letak parutan limau aku rasa lagi mengancam... Hehe inilah hasilnya
Yang merekah tu sebab aku malas nak potong kertas tu ikut bentuk bulat... huhuhu aku takde tray 4 segi, yang bulat pun jadilah
Yang hitam2 tu coklat cip, makan time panas memang umph...
Hari ahad lak memng aku nak wat kek oren ni sebab dah lama tak buat. Resipi ni aku dapat dari majalah wanita bila punya edisi ntah...
| Quote: | ORANGE MOCHA BROWNIES
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum ~ diayak
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar serbuk kopi segera
1 cawan gula kaster
250g majerin ~ dibiar pada suhu bilik (sy guna butter)
4 biji telur ~ dipukul sedikit
1 sudu besar esen vanilla
1/2 cawan jus oren (mama bancuhkan Sunquick dengan air)
3/4 cawan 'chocolate chips'
Kaedah penyediaan :
1. Di dalam mangkuk pengadun, masukkan semua bahan kecuali jus oren dan chocolate chips. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
2. Masukkan jus oren dan kacau lagi.
3. Masukkan chocolate chips.
4. Tuangkan ke dalam loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas. Biarkan kertas lebih besar dari loyang di bahagian tepi untuk memudahkan brownies dikeluaran dari loyang apabila telah masak.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 170 C selama 25 minit.
6. Keluarkan dari ketuhar dan rehatkan selama 5 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Sejukkan di atas redai.
7. Tuangkan frosting dan ratakan. Potong dan sedia dihidangkan.
Frosting :
Kalau ikut mama fami punya resipi guna coklat masakan, tapi bila aku wat tak menjadi sebab aku takde krim putar so cara lain
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan buter
1/2 cawan susu pekat |
| Quote: | Kek Oren Badam.
Bahan-bahan
1 1/2 cawan gula,
1 1/2 cwn marjerin,
2 sudu besar susu pekat,
2 sudu teh serbuk penaik,
5 biji telor (Grade A),
2 1/2 cwn tepung gandum,
1 biji oren diparut kulit,
1/2 susu teh esen oren (shah gantikan dengan sedikit air perahan oren tadi lebih kurang 1 sudu besar)
1/2 cawan badam cincang (shah jadikan badam tumbuk coz malas nak cincang)
Kaedah penyediaan
Putar gula dan marjerin sehingga sebati
Masukkan telor dan putar lagi
Masukkan tepung, esen vanila, susu pekat dan putar lagi
Akhir sekali masukkan parutan kulit oren, air perahan oren & badam cincang dan kacau guna senduk jer
Tuangkan ke dalam loyang pembakar yang telah disapu marjerin di tepi loyang
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 170 C selama 45 minit
p/s - jika tak suka badam boleh tukar choc chip
|
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|