Jutaan terima kasih kepada kak ita diatas resipi yang diberikan. Memang sedap cuma agak leceh sikit nak membalutnya.
Selamat mencuba
Quote:
Bahan - bahan untuk satu ekor ayam
Bawang merah 8 ulas
Bawang putih 10 ulas
Halia 2 inci
Sos tiram 2 sudu makan
Daun pandan 10-15 helai - dikisar (jika suka hampas boleh masukkan sekali, jika tak suka, just amik airnya sahaja dalam 1/2 cawan
Garam & gula perang secukup rasa
Jintan manis 1 sudu makan
Jintan putih 1 sudu makan
Kunyit 1 sudu makan
Cara
Ayam dipotong ikut suka
Kisar semua bahan kemudian ratakan kat ayam tadi. Balut ayam dengan daun pandan. Perap dalam masa 2 jam sebelum digoreng.
- menurut kata kak ita jika kita nak simpan lama, kita boleh kukus dalam sepuluh minit, kemudian simpan dalam sejuk beku. Keluarkan bila nak goreng.
nyum nyum... ayam goreng adalah favo aku walaupun cuma goreng kunyit.. ya, mil aku mmg selalu ungkep ayam (mcm kukus gak) dan simpan kat freezer. Aku penah bawak dan ntah sampai berminggu gak boleh guna.
aku dah tere gak ungkep tu coz favvy H, yang ajar bukan mil tp makcik dia sebelah rumah.